Setiap pagi sewaktu kita celik dari tidur maka kita sedar bahawa umur kita bertambah sehari lagi.Dalam hati berkata, 'Terima kasih ya Allah, Kau telah memberi ku lagi peluang utk aku teruskan hidup di muka bumi ini dan memanjangkan sehari lagi umur ku'.
Apabila umur kita bertambah bermakna kita menjadi tua dari sehari ke sehari.Alangkah ruginya kita sebagai umat Islam jika kita tidak memperbaiki diri kita untuk menambah amal dan kebajikan.Hari ini harus lebih baik dari semalam.Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan kerana tidak bersifat sempurna.Akan tetapi perlu berubah dan segera bertaubat jika pernah melakukan silap atau dosa. Allah Maha Pengampun. Manusia di cipta utk menjadi Khalifah di muka bumi sebagai contoh kepada makhluk Nya yg lain.Tujuan manusia dijadikan oleh Allah juga adalah menghambakan diri kepada Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhkan larangan Nya.
Awas, jangan mengukur peribadi seseorang mengikut luaran saja. Membuat kebajikan perlu ikhlas dari hati yg bersih. Jangan cuba menunjuk2 atau bermegah2 ketika membuat amal kebajikan.Tidak perlu mendabik dada menunjuk2 siapa yg lebih Alim dan Warak dlm Islam.
Haruskah kita mengukur keimanan seseorang pada serban yg besar saja atau berjanggut panjang? Jawabnya, oh munkin tidak...
Pernah juga kita terdengar, seseorang yg alim sentiasa beramal di waktu mudanya tetapi bila tuanya terhasut pula dengan bisikan syaitan lalu melakukan perbuatan keji dan tidak sempat bertaubat lalu mati dlm maksiat, nauzubillah.. Manakala terdapat pula di masa muda sering melakukan perbuatan terlarang tetapi bila tuanya terbuka hatinya sedar lalu bertaubat.
Renung2kanlah sejenak ye, segera bertaubat jika sedar telah tersilap langkah. Kalau tidak siapa yg malu? mereka dan keluarga merekalah.....


No comments:
Post a Comment