Kita selalu mendengar org bijak pandai berkata bahawa, 'Hidup ini seperti Roda'.
Roda berpusing ke atas dan ke bawah. Begitulah umpama di ibaratkan akan kehidupan ini.Kekadang kita berada di atas puncak kejayaan, dan terkadang pula kita menemui kegagalan. Kadang2 kita sihat, tak di sangka2 dgn tiba2 ada ketikanya mendapat dapat sakit pula. Kadang2 kita terlalu gembira sangat, tapi ada waktunya tiba2 dapat masaalah, kita sedih lalu menangis pula. Itulah asam garam kehidupan. Hati perlu tabah mengharungi segala liku2 kehidupan yg kita lalui sepanjang perjalanan ini. Perlu melakukan sesuatu dgn ikhlas supaya memperolehi hasil penuh keikhlasan juga.
Setiap yg berlaku ada hikmahnya tersendiri. Berusahalah dahulu sedaya upaya sebelum berserah. Seseorang yg tabah tidak akan mudah mengaku kalah sebelum berusaha. Jika kita merasa diri kita miskin, usahlah terlalu bersedih kerana ramai lagi yg lebih miskin di luar sana. Kalau kita merasa bangga kerana kita tergolong drp org yg kaya raya, usah cepat sombong kerana ada org yg lebih kaya dari kita.
Kalau tiba2 kita jatuh sakit, jangan putus asa, itu juga adalah rahmat penghapus dosa2 kita yg ada. Yakinlah bahawa pencipta kita ada sentiasa di sisi utk mendengar rintihan dan doa dari hambanya. Kalau kita dalam keadaan sihat pula usah buang masa dan leka, penuhilah masa dgn amalan yg terpuji serta selalu bersyukur kpdNya. Ingatlah bahagia itu munkin sementara dan penderitaan itu pula munkin bukan utk selamanya.
Aku ingin tabah seperti ibu ku, tidak pernah keluh kesah bila di timpa kesedihan atau mendapat sakit.Namun aku masih tetap aku.Sewaktu hayatnya, ku lihat ibu tak pernah sedikit pun dia mengeluh walau pun sakit tenat.Tidak juga pernah ku lihat ibu menitiskan walau sedikit pun air mata bila ayah ku pergi mengadap Ilahi.Dia sentiasa pasrah dengan takdir yg telah ditentukan.
ReplyDelete