Saturday, 26 March 2011

Seminggu dalam dairy anak ku.

Setelah berhempas pulas berlatih selama seminggu, iaitu dalam latihan sukan olahraga sekolahnya, kini anak ku akan masuk bertanding larian 400m. Tanggal 22hb march hari selasa maka beraksilah dia di padang. Mula2 menang dalam saringan kemudian masuk lagi bertanding acara sama di separuh akhir pd hari Rabu 23 hb march.

Hari khamis 24hb march anak ku pergi ke sekolah seperti biasa akan tetapi rakan2 nya menyedari ada yg tak kena apabila mendapati suhu badan anak ku naik mendadak, demam panas. Ada guru yg menyedari keadaan panas badannya. 

Pulang dari sekolah  dan sampai ke rumah kira2 pukul 7.40 mlm, ku pun dah menyedari bahawa dia telah mendapat demam panas. Ini kerana ku melihat perubahan nya yg hanya berbaring dan tak mahu menjamah nasi dan lauk kegemarannya. Hati Ku mulai rasa bimbang.Ku paksa juga supaya menjamah sesuap dua nasi supaya perutnya tidak kosong.Kemudian Ku berikan dia 2 biji panadol utk di makan.

Kira2 2 jam kemudian dia mula berpeluh lalu dapatlah dia melelapkan matanya. Pada pagi esoknya Jumaat 25hb march, dia mengadu bahawa kepalanya terasa sangat pening dan tak berupaya utk hadir ke sekolah, badannya mula panas lagi. Dia terpaksa mengambil cuti sekolah pd hari itu kemudian ku bawa dia berjumpa doktor utk di periksa. doktor memberinya ubat demam, ubat tahan sakit dan antibiotik.

Setelah makan tengah hari Ku berikan dia makan ubat demam dan antibiotik tadi.Sementara itu Ku sebok menekap toala basah ke dahi dan ketiaknya yg semakin panas.Selang 1 jam dia berpeluh sedikit, panas badannya menurun. Namun 3 jam kemudian sehingga tengah malam panas badannya meninggi lagi.Ku berikan lagi dia makan ubat kali kedua.

Pagi ini sabtu 26hb march dia bangun dengan badannya yg masih demam. Pd pagi ini pula dia perlu hadir ke sekolah agama kelas khas, bagaimana yer?.Ku kejutkan dia bangun pagi2 lagi .selepas mandi Ku beri sedikit sarapan dan ubat demam.Kemudian ku hantar juga dia ke sekolah agama kelas khas. Pukul 1 tengah hari Ku jemput dia pulang dari sekolah, wajahnya muram kerana demamnya tidak juga susut2. Sampai di rumah Ku beri lagi dia ubat dan sentiasa mengelap toala basah di dahi dan badannya, panas badannya tidak susut juga walau pun sudah makan ubat.

Kira2 pukul 2.30 ptg Ku gagahkan supaya dia bangun dan bawa dia keluar ambil angin.Walaupun dia masih lemah dia mengikut saja arahan Ku supaya pergi jalan2 sambil makan di kedai.Ku belikan dia makanan, nasi ayam. nasib baik dia nak juga menjamah makanan itu.Lepas itu Ku dan dia singgah di rumah kakak, tiba di sana dia cuma berbaring saja, masih demam.Kira2 pukul 5 ptg Ku mula pulang ke rumah.Ku beri dia makan ubat lagi.

Ku dah mula tak senang duduk bila panas badannya masih tinggi walau pun dah Ku beri ubat.Ku berikan dia air masak supaya dia minum banyak2 dgn harapan agar panas badannya susut.Tangan Ku tak henti2 menekap toala basah ke dahi dan badannya yg panas.Ku juga tak lupa berdoa dlm solat agar dia cepat sembuh.

Jam di dinding dah menunjukkan pukul 10 mlm.Wah!! apa Ku nak buat ni?Ku mula terpandang
pada beberapa kotak minuman kopi Barley. Ku tanya dia samada dia mahu minum Kopi Barley itu, dia kata dia mahu lalu ku bancuhkan dia secawan. Beberapa minit kemudian selepas itu dia  mula melelapkan mata, tertidur kenyang.. 

Ku pula masih berjaga tidak dapat melelapkan mata, sentiasa berjaga2 takut panas badannya terus meningkat. Mudah2 han ada sinar nan cerah di hari esok buat ku dan anak ku.

No comments:

Post a Comment